Saturday, 21 January 2017

Doktor Ini DEDAH Betapa BAHAYA Air Kacang Soya Yang Ramai TAK TAHU !!!





Doktor Ini DEDAH Betapa BAHAYA Air Kacang Soya Yang Ramai TAK TAHU !!!
Admin Heskem | January 20, 2017 | 1 Comment
Doktor Ini DEDAH Betapa BAHAYA Air Kacang Soya Yang Ramai TAK TAHU !!! | Pernahkah anda minum air soya ? Kemungkinan besar jawapannya pernah sebab KACANG SOYA dipromosikan sebagai makanan atau minuman kesihatan yang sangat berkhasiat. Pergi saja mana-mana kedai mini mart, kalau tidak ada air soya, itu bukan mini mart namanya.



Kenapa tidak ? Sebab KACANG SOYA begitu “gila” sekali dipromosikan sebagai makanan/minuman kesihatan yang baik untuk badan kita.

KACANG SOYA mula dipromosikan secara besar-besaran sebagai makanan/minuman kesihatan pada awal 1990an. Sebelum itu, amat jarang sekali kita dengar pasal SOYA. Cuba kita tanya datuk nenek kita adakah pada zaman muda mereka SOYA begitu popular seperti zaman ini. Jawapan mereka mungkin tidak.

Begitu banyak produk berasaskan KACANG SOYA seperti minuman KACANG SOYA, tauhu, malah minyak KACANG SOYA diperkenalkan kepada masyarakat kita dan diangkat sebagai “super food”. Berjuta-juta duit dilaburkan untuk pemasaran supaya masyarakat yakin KACANG SOYA ini selamat.

Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat pada tahun 2007, 85% penduduk Amerika percaya bahawa KACANG SOYA adalah baik untuk kesihatan dan tidak merbahaya kepada kita. Maka berjayalah syarikat-syarikat pengeluar SOYA memperbodohkan kita bahawa KACANG SOYA ini selamat tetapi sebenarnya TIDAK !!! Amerika adalah pengeluar KACANG SOYA terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 108 juta tan metrik setahun.

Tidak ada SATU bahan pun dalam SOYA yang baik untuk kesihatan. Kesemuanya JAHANAMKAN kesihatan kita, Beratus-ratus kajian telah dibuat diseluruh dunia dan kesimpulan daripada kajian itu menunjukkan KACANG SOYA menyebabkan bermacam-macam masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, mengurangkan sistem imun badan, merosakkan sistem saraf, masalah kemandulan, penyakit jantung dan juga KANSER!!!

KACANG SOYA mengandungi suatu bahan yang dinamakan PHYTOESTROGEN. Ini adalah bahan yang menyerupai hormon wanita iaitu ESTROGEN. Phytoestrogen ini tidak dihasilkan dalam badan kita tetapi ianya adalah daripada sumber tumbuhan antaranya daripada KACANG SOYA. Kaum lelaki tidak sepatutnya makan/minum bahan berasaskan KACANG SOYA sekiranya anda ingin kekalkan kelakian anda.

Lelaki yang selalu mengambil bahan berasaskan KACANG SOYA boleh mengalami masalah kurang nafsu seksual, mati pucuk dan kemandulan. Ia juga akan menyebabkan berat badan bertambah seterusnya menyebabkan obesity. Wanita yang mengambil Phytoestrogen secara berlebihan berisiko tinggi untuk mengidap KANSER PAYUDARA dan juga masalah obesiti.

Phytoestrogen ini akan mengganggu kelenjar sistem endokrin badan iaitu kelenjar adrenal dan kelenjar thyroid. KACANG SOYA juga dikategorikan sebagai makanan yang mengandungi GOITROGEN. Goitrogen ialah bahan yang mengganggu aktiviti kelenjar thyroid. Adakah anda sentiasa berasa letih, kurang tenaga, kurang penumpuan, kulit kering, kurang nafsu seksual dan tinggi kolesrol ? Jika ya, anda mungkin mengidap penyakit HYPOTHYROIDISM, satu keadaan yang disebabkan oleh kelenjar thyroid kurang merembeskan hormon thyroid.

Perubatan moden menyalahkan “autoimmune” sebagai punca penyakit ini tanpa mengambil kira faktor pengambilan berlebihan produk berasaskan KACANG SOYA yang mungkin menjadi penyebab penyakit ni. Ini tidak memeranjatkan kerana faktor pemakanan ditolak seratus peratus dari perubatan moden.

Tanyalah mana-mana pelajar perubatan, adakah mereka diajar tentang DIET yang salah menjadi punca penyakit ? Jawapan mereka saya yakin TIDAK kerana Perubatan Barat tidak menitik beratkan soal DIET atau MAKANAN sebagai punca penyakit. “Jangkitan kuman”, “punca tidak diketahui”, “autoimmune” – inilah antara punca penyakit yang dicanangkan setiap hari dengan MENOLAK faktor diet yang salah.

BERHENTI SEGALA PRODUK BERASASKAN KACANG SOYA SEKARANG SEKIRANYA ANDA PENTINGKAN KESIHATAN BADAN ANDA.

Sumber: Dr Hj Noorul Amin Hj Abd


Bayi Tiba-tiba PUCAT, Muntah & Cirit-birit Lepas Diletak Dalam Troli. Rupa-Rupanya Ada SESUATU Di Troli !!!






Seorang bayi 10 bulan tiba-tiba jatuh sakit dan disahkan dijangkiti penyakit merbahaya setelah diletakkan di troli pasaraya. setelah disiasat rupa-rupanya ada sesuatu di troli tersebut.fuh hati-hati kalau bawak anak dalam troli ..


Bayi Tiba-tiba PUCAT, Muntah & Cirit-birit Lepas Diletak Dalam Troli. Rupa-Rupanya Ada SESUATU Di Troli !!!
Admin Sporting | January 19, 2017 | 0 Comments
Bayi Tiba-tiba PUCAT, Muntah & Cirit-birit Lepas Diletak Dalam Troli. Rupa-Rupanya Ada SESUATU Di Troli !!! | Seorang ibu pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar raya bersama dengan bayinya berusia 10 bulan, tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa anaknya itu. 24 jam selepas pulang dari pasar raya berkenaan, anaknya, Logan, demam panas dengan suhu 103′ dan dikejarkan ke hospital, lapor Shareably.



Mangsa terpaksa menahan derita beberapa penyakit yang menyerangnya termasuk meningitis. Selepas melakukan siasatan, doktor mengesyaki mangsa mendapat jangkitan bakteria itu dari troli pasar raya.

Berikutan kejadian itu, ibu mangsa, Vivienne Wardrop, menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat duduk kanak-kanak pada troli pasar raya sebelum meletakkan si kecil dalam troli.

Menurut Vivienne, 24 jam selepas pulang dari pasar raya, anaknya mula muntah. Lebih teruk lagi, si kecil itu juga demam panas yang teruk dan mengalami cirit birit.

Dia cirit merata-rata. Bila saya cuba beri dia minum susu, dia muntahkan semua, katanya.

Berikutan keadaan Logan yang agak teruk itu, Vivienne segera membawa anaknya ke hospital. Setibanya di sana, doktor mengesahkan anaknya hantar dijangkiti virus dan disuruh pulang.

Namun pada keesokkan hari, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh dan mengalami dehidrasi.

Enggan mengambil sebarang risiko, Vivienne sekali lagi membawa anaknya ke hospital. Logan dimasukkan ke wad dan dibawah pemantauan pihak hospital selama 10 hari (8 hari dalam ICU).

Dalam tempoh itu juga, doktor mendapati mangsa dijangkiti adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis. Mangsa yang berusia 10 bulan itu terpaksa berdepan dengan kesemua penyakit itu dalam usia yang sangat muda.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah dijangkiti meningitis. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah mengetahui simptom penyakit tersebut:

-Demam, pening kepala dan leher kaku

-Ruam, kurang selera makan dan kurang aktif

Selepas insiden yang menimpa anaknya, Vivienne merasa dirinya perlu memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain mengenai hal tersebut. Apabila menggunakan troli pasar raya, pastikan tempat duduk kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan yang mampu disentuh oleh anak perlu dibersihkan terlebih dahulu menggunakan tisu antibakteria sebelum menempatkan anak dalam troli. Atau jika larat, dukung saja anak-anak anda.

Alternatif lain, letakkan kain di tempat duduk tersebut.

Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu. Kredit:-Markerpenmedia


Sayu : Ramadhan dah tiada ini foto foto terakhir nya .. dia dijemput ilahi di Madinah 2 hari sebelum hari jadi nya (6Gambar)

DUNGUN: Pesakit leukemia, Muhammad Ramadhan Alias, 20, yang sebelum ini dilaporkan akan mengerjakan umrah, disahkan meninggal dunia di Madinah, kira-kira jam 11.20 pagi tadi ketika berada disana untuk menunaikan umrah yang mana kos umrah tersebut ditanggung kerajaan Negeri Terengganu. 

Sebelum ini melalui artikal diblog kami kami pernah menulis mengenai Ramadhan yang amat menyentuh hati luahan sayu nya, beliau seorang pemuda yang dulunya ceria bersama rakan-rakan kini seseolah tidak bermaya akibat penyakit kanser darah yang dihadapinya.

Permergian Ramadhan diratapi keluarga dan sahabat-sahabatnya  dia dijemput ilahi 2 hari sebelum ulangtahun kelahirannya pada 23 Januari ini.





HAPPY BIRTHDAY in advance adam! Muhammad Ramadhan..23hb 1 mnggu depan hri isnin kann klau x silap..😂Honestly,I am so glad to have you as well as my adik ipar dam... budak nakal yg baik ceria dan sangat talkative..kak na tau adam hebat,kuat semangat!..family kt sini semua doakan adam dan mek dinung..semua org sayang adam.typical person yg wlaupn bru kenal tp cepat mesra dgn org..get well soon adam.speedy recovery!!demi mek, cek, kluarga dan org2 trsyang..percaya lah dgn keajaiban Allah nak2 kt tempat suci.hnya mereka trpilih je utk pergi sana.One of is you.proud of you survivor💪💪 semua kagum dgn semangat adam since adam masuk wad dlu.doc pon kate adam kuat.buat chemo relex je.😎..siap bleh kcau nurse2 situ.smpai semua knal adam.😂kuatkan semangat!!. Salam sayang dri kak na family2 kat sini buat mek dan adam kt sana..nti inshallah kite celebrate beday yek! 
Terima kasih buat semua pihak2 yg mmbantu realisasikan impian adam nk bwak ibunya pergi umrah..mohon doa dri semua buat beliau dan ibunya semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yg baik sepanjang berada disana. Tq #cancerfighter -Nina Mustafa 

Semoga roh Ramadhan dicucuri rahmat dapat juga dia menjejak kan kaki ke Madinah walaupun tidak dapat sepenuh menunai kan hasrat nya untuk umrah disana .. Al fatihah.

via CeritaGempakKomuniti

from Viral Semasa http://ift.tt/2iM9r8E
via IFTTT


Ibu kesal, anak balik dari pra-sekolah dengan kesan lebam di pipi


PUCHONG, SELANGOR - Seorang ibu mendedahkan kemungkinan anak perempuannya ditampar oleh seorang guru pra-sekolah. Namun, guru berkenaan sebalik memberi alasan lain yang difikirkan kurang munasabah.


"Kalau korang, mana yang korang nak percaya? Dah buat salah, tak nak refund duit. 

"Masa ambil Manda balik dari sekolah, cikgu tak beritahu pun yang Manda jatuh. Muka dia penuh dengan bedak. Padahal masa dihantar pergi sekolah, tak ada letak bedak pun. 


"Apabila ditanya pada Manda kenapa ada kesan lebam di pipi. Dia kata cikgu yang lempang. Bila jumpa cikgu, diberi pula alasan Manda jatuh ketika menari tetapi lupa nak maklumkan," kata Farah di laman Facebooknya. 

Dalam screentshot perbualan WhatsApp, pihak sekolah berkenaan memaklumkan bahawa mereka tidak menyembunyi apa-apa dari pengetahuan ibu bapa kanak-kanak berkenaan. 

Bagaimanapun, Farah menegaskan adalah tidak masuk akal anaknya jatuh ke lantai dengan pipinya terlebih dahulu menyentuh lantai. 

"Saya hantar anak saya ke sekolah agar pihak sekolah dapat mengajarnya sesuatu yang baru, bukannya balik dengan kesan lebam di mukanya," kata Farah. 


Pihak pra-sekolah berkenaan menjelaskan, anak muridnya itu bukan jatuh ke depan, sebaliknya jatuh ke tepi menyebabkan pipi kanak-kanak itu lebam. 

Enggan berdebat panjang, mereka mengambil keputusan untuk memulangkan wang deposit Farah yang telah dibayar. Malah pihak pra-sekolah itu juga akan mengambil tindakan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2iMk3UI
via IFTTT


Dahi bayi terkoyak dicampak pengasuh taska


SERDANG, SELANGOR - Kejam, tidak berhati perut! Itu tindakan seorang pembantu taska yang dikesan mencampakkan seorang bayi lelaki sehingga menyebabkan kepala mangsa terkoyak, lapor Harian Metro.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi, 15 November 2016, ketika mangsa dihantar untuk dijaga di sebuah taska di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan. 

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia tujuh bulan terpaksa menerima jahitan di kepala, kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab suspek. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian itu disedari oleh ibu bapa mangsa sebaik mendapati kepala bayi mereka luka ketika berada di bawah jagaan pekerja taska berkenaan. 

"Berdasarkan keterangan ibu bapa mangsa, pembantu taska itu dikenali sebagai Rohana Mustafa, 25, berasal dari Tanah Merah, Kelanta. Dia dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada bayi itu. 

"Wanita terbabit dikatakan mencampak bayi itu ke atas tilam nipis menyebabkan bayi berkenaan mengelongsor laju sehingga terkena pada bucu dinding di sebuah bilik di taska berkenaan. Kejadian itu menyebabkan bayi lelaki berkenaan luka di kepala dan menerima tujuh jahitan di Hospital Putrajaya. 

"Tindakan wanita terbabit turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV), namun rakaman itu dipadamkan pemilik taska berkenaan," katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan. 

Megat berkata, pada mulanya ibu bapa mangsa mengadakan perbincangan dengan pemilik taska itu untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Namun tiada kata putus dipersetujui kedua-dua pihak. 

Permintaan ibu bapa mangsa mendapatkan rakaman CCTV itu ditolak menyebabkan mereka membuat laporan polis.

"Pada masa yang sama, pemilik taska itu juga turut memecat wanita itu yang dipercayai melarikan diri ke kampung halaman di Tanah Merah," katanya. 

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, tampil membantu siasatan. 


from Viral Semasa http://ift.tt/2jJ4KM8
via IFTTT


'Jangan disebabkan orang lain, anak saya tak mahu ke sekolah' - Ibu mangsa buli



Hari Isnin yang lalu, Afkar dipukul di kepala dengan kuat ketika di sekolah. Afkar cakap, kepala dia sakit. Malamnya, Afkar demam panas. 

Hari Selasa, saya suruh Afkar pergi sekolah selepas tengok keadaan dia pada petang itu nampak macam dah okey walaupun masih demam. Tapi saya text ustazah, in case Afkar pengsan atau apa-apa, boleh terus menghubungi saya sebab rumah dengan sekolah hanya tiga minit perjalanan sahaja. 

Balik dari sekolah, Afkar cerita pada abah yang dia tak belajar solat sebab tak larat dan kepalanya sakit. 

"Abah, tadi ada kawan tumbuk mata abang," katanya. 

Abah dia terkejut. Dah sampai pintu pagar, mereka patah balik. Abah dia tanya budak mana yang tumbuk dia? Afkar tunjuk, lalu si abah pergi pada budak itu selepas meminta izin dengan ustazah.

"Awak ada tumbuk muka Afkar?" soal si abah dengan baik pada budak itu. 

Dengan muka ketakutan dia kata, "Takde, takde.." padahal baru lepas kejadian. Takkan Afkar berbohong? 

Si abah beritahu ustazah yang semalam Afkar mengadu kepalanya dipukul oleh rakan sekelas tapi tak tahu siapa dan dengan apa. Sekarang dia mengadu sakit dan abah pun tunjuk kesan lebam-lebam di kaki Afkar. Ustazah kata, Afkar kena mengadu selepas ini kalau ada kawan-kawan usik. Okey, mereka pun balik. 

Malam Selasa itu, Afkar demam panas, melepek di rumah. Tak aktif seperti biasa, tak mahu makan langsung. Dia kata nak muntah dan kepala dia sakit sangat. 

Malam itu juga kami pergi Hospital Pontian. Kepala Afkar kena x-ray. Jam 11 malam lebih kami sampai di rumah. Tak pasal-pasal jadi begini disebabkan kelakuan anak orang. 

Rabu itu sepatutnya sekolah tetapi saya maklumkan kepada ustazah yang Afkar cuti sebab dia demam panas, dia mengadu sakit kepala gara-gara kepalanya dipukul. Selain memaklumkan Afkar telah dibawa ke hospital dan inshaAllah kami akan buat laporan polis. 

Tidak lama kemudian, ustazah membalas mesej saya dan meminta maaf di atas kejadian yang berlaku. Dia kata dia akan berbincang mengenai perkara itu dengan Guru Besar dan akan memaklumkan apa tindakan seterusnya. 

Petang itu, dah berkobar-kobar nak pergi buat laporan polis. Ustazah mesej, katanya dah berbincang dengan Guru Besar. Mereka akan pantai kelakuan budak tersebut, asingkan tempat duduk dia dan berbincang dengan ibu bapa budak berkenaan. 

Saya hargai tindakan segera ustazah berkenaan pada waktu itu. Jadi selepas berbincang dengan suami, kami tak mahu memanjangkan kes. Juga dengan harapan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi pada Afkar. 

Hari Khamis pun saya cutikan Afkar di atas nasihat keluarga, saudara mara dan sahabat. Saya rehatkan Afkar dari golak dunia luar walaupun dia sibuk nak pergi sekolah. Saya maklumkan yang doktor tak bagi dia hadir ke sekolah, barulah dia okay. 

Dia suka sekolah di situ, sampaikan dia berasa bosan duduk di rumah. Dia sendiri ambil buku dan buat latihan, cerita akwan yang itu ini, kawan yang suka nyanyi lagu toyol, kawan yang songkok panjang dan lain-lain. 

Janganlah disebabkan orang lain, semangat Afkar mahu ke sekolah dipadamkan begitu sahaja. Susah payah ibu bapa pupuk setiap hari betapa seronoknya sekolah. 

Buat keluarga, saudara dan sahabat, saat saya buntu, banyak cadangan, nasihat dan kata-kata semangat. Setiap satu saya baca, saya sebak. Terima kasih yang tak terhingga. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya. 


from Viral Semasa http://ift.tt/2jIVXts
via IFTTT


'Sepanjang saya mengenali dia, apa yang dia nak semua dia dapat'

Allah ini memang menunggu kita untuk meminta padaNya, kita sebagai hamba kena minta. Tengok macam mana pengemis meminta dengan kita, macam itulah kita kena mengemis meminta pada Allah. Semoga perkongsian ini dapat mendidik kita agar sentiasa bersangka baik dengan Allah selain sebagai latihan untuk menambahkan keyakinan kita pada Allah


Malam ini saya nak cerita suatu perkara yang istimewa yang boleh diteladani oleh kawan-kawan semua. Tentang bersangka baik dengan Allah. 

Saya tidak pernah jumpa lagi orang yang sangka baik dia tinggi pada Allah seperti si S ini. Apa-apa masalah, yang keluar dari mulut dia, 

"Takpe, Allah ada. Takpe, Allah bagi nanti. Takpe, Allah ganti," 

Dulu masa tak ada duit, tak pernah pun dia berzikir, duit takde.. duit takde.. duit takde. Dia mesti cakap, "Takpe, minta kat Allah. Allah bagi cukup nanti."

Hasilnya? Saya dapat melihat dia ada hubungan yang 'istimewa' dengan Allah. 

Sepanjang saya mengenali dia, apa yang dia nak semua dia dapat. Tapi dalam meminta masih tahu batas dan tidak meminta melebih-lebih. Bab anak dia mengaku dia mengalah. Dia pesan, Allah tahu bila nak bagi. 

Saya nak kongsi tips yang saya selalu nampak apa yang dia buat. Contoh pertama dulu, dia nak syarikat kami ada gudang dan office sendiri, dia akan sebut setiap hari. 

"Tak lama lagi kita nak ada gudang dan office ni."

Bila di rumah, tiba-tiba dia akan masuk bilik dan cakap, "Ha, I dah minta kat Allah tadi supaya bagi kita gudang dan office."

Cara dia meminta, dia selalu doa dan solat dua rakaat. Doa dia bukan atas tikar sejadah saja. Tiba-tiba tengah makan ke, main handphone ke, tengah pakai baju atau ketika sedang memandu, dia akan cakap,

"Ya Allah, bagilah kami gudang dan office yang selesa tahun ini."

Dia akan selalu sebut dan akhirnya doa makbul walaupun dengan kondisi waktu itu sangat mustahil bagi kami. 

Dan banyak lagi episod-episod ajaib yang saya lihat sendiri. Cuma biarlah saya simpan untuk pengajaran dan pelajaran pada saya yang Allah itu dekat dan sentiasa selalu bersangka baik dengan Allah dan rajin meminta. Kita ini semua hamba Allah yang miskin tiada apa-apa. Memang sifat hamba adalah meminta. 

Saya mengaku saya lemah. Saya sangka baik dengan Allah tetapi kadang-kadang rasa diri tidak layak dan selalu rasa Allah tak akan makbulkan doa saya. Mungkin disitulah hijabnya. 

Dulu zaman para sahabat, bila mereka meminta sesuatu dari Allah dan mereka tak dapat, mereka akan jadi pelik dan akan periksa di mana silapnya. Tetapi zaman sekarang, bila dapat sesuatu, kita jadi pelik pula. Itulah saya. Bila dapat nikmat apa-apa, rasa pelik sebab macam tak layak. 

Pengajarannya di sini, apa yang kita selalu sebut dan sangka adalah doa. Ini tidak boleh disangkal lagi. Jika setiap hari sentiasa berzikir duit tiada, duit tak cukup, hidup susah, maka itulah yang Allah beri. Sangka baik dengan Allah tanpa ada sebarang tapi. 

Dan akhir sekarang, belajar minta secara terus dengan Allah dulu kemudian baru usahakan asbab. Mintalah apa pun hatta nak makan KFC esok hari sekalipun. InshaAllah ini semua latihan untuk tambah sifat yakin kita pada Allah. 

Saya pun masih lemah lagi, saya harap dapat hidup bersama dengan dia lebih lama lagi untuk belajar macam-macam lagi tentang yakin pada Allah. Dari dialah saya belajar dan dapat rasa yang Allah ini dekat, mudah nak rach dan Maha Mendengar.


from Viral Semasa http://ift.tt/2jImNSq
via IFTTT